GE Healthcare menyediakan teknologi perubatan transformasi dan perkhidmatan yang membentuk era baru dalam bidang penjagaan pesakit.
Sebagai salah satu daripada perniagaan yang berkembang pesat dalam portfolio GE Malaysia, GE Healthcare menjadi rakan dan membekalkan peralatan pengimejan diagnosis terkini dan sistem maklumat penjagaan kesihatan kepada jabatan kementerian kesihatan, hospital, pusat penjagaan kesihatan, penyelidikan dan pembangunan.
Ini termasuk peruntukan mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrabunyi Terfokus Berpandu MR (yang pertama di negara ini) ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, dan Sistem Angiografi Dwi-Sawat ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kami juga menyediakan CT tomografi Pancaran Foton, kamera Gama, sinar-X mudah alih, sistem mamografi, mesin anestesia, sistem Ultrabunyi Am dan Jantung, penyelesaian Penjagaan Pesakit, sistem sokongan Hayat, produk penjagaan ibu dan bayi kepada hospital kerajaan, swasta dan latihan di seluruh Malaysia.
Dalam inisiatif pertama seperti ini, GE Healthcare bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk pengumpilan sumber radiologi di seluruh negara untuk menawarkan perkhidmatan diagnosis teleradiologi secara global. Sebagai projek Titik Masukan di bawah program Transformasi Ekonomi, Perkhidmatan Diagnosis Nexus (DSN) bertujuan untuk menghubungkan ahli radiologi dan hospital di seluruh negara untuk membina kapasiti, memudahkan keseimbangan kerja dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Kami terletak di/(Alamat kami):
GE Healthcare Sdn Bhd
Level 6, 1 Sentral, Jalan Travers
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia